Monday, December 22, 2014

Trip To Korea

Assalamualaikum...

Ok Kak Teq nak update skit.. Lama bercuti dari menulis di entry ni, so skang nak tulis.. Sila baca ok.. Bulan November 2014 aritu Kak teq ada bercuti-cuti di luar negara. Amboi! Jauh kau Kak Teq berjalan. Cer teka mana Kak Teq pegi.. hohohoho.. Clue die Kpop.. Ha... dapat teka x?

Yeeeha.. Kak Teq pegi KOREA. Korea kau... Dekat-dekat xnak pegi.. Belagak btol.. hahaha.. Pengalaman pergi negara orang ni best jugak. Almaklumlah, selalu tgok orang asing yang datang negara sendiri tapi kali ni kita plak yang merasa sendiri menjadi orang asing di negara orang. huhuhu Rombongan Kak Teq ke Korea seramai 13 orang + 2 orang bayi + 1 kanak-kanak (seperti gambar di bawah). Sorang tu xder dlm gamba coz die adalah jurugamba kitaowang. keh3



First time buat passport, first time naik kapal terbangAlhamdulillah Allah permudahkan urusan. (jakon jugak Kak Teq naik airplane) Percaya x Kak Teq g KOREA just berbekalkan RM 1100.00 sahaja.. huhuhu.. Duit umah sewa, duit naik train & duit blanja semua dalam budget RM 1100.00 tu (4 hari 3 malam). Campur ngan duit tiket jumlah semuanya RM 1658.00 sahaja. Tour guide oleh my friend..

Tak percaya? Tolonglah percaya.. hehehe.. Nah! Kak Teq hadiahkan gamba-gamba Kak Teq masa ada kat sana.


Sempat plak Kak Teq selfie masa otw pegi KLIA2.keh3x

Kak Teq turun kat Lapangan Terbang Busan. Busan ni ibarat kampung la. Tapi kampung yang dah di upgrade.. Tapi ni station Busan..

Masa dah sampai Busan tu, wooooit sejuk yang teramat wa cakap lu. -3 kau.. Cakap pon sampai keluar la asap-asap kecil dari mulut Kak Teq ni. ha3x. Lepas turun tu, kami satu kumpulan terus naik KTX untuk bergerak ke Seoul..


Ha! Ni nama tempat tinggal rombongan Kak Teq ke Korea. Puas hati gak la ngan perkhidmatan & kadar sewa ville nie. Walaupun bercakap dengan owner die ibarat ayam berborak dengan kambing tapi perkhidmatan dowang sangat best! Nak sampai ke ville ni, kekuatan kaki + tenaga amat-amat diperlukan.. Ini kerana............

Kawasan dia sangat-sangat berbukit. Boleh kurus dan berotot kau!

Ok skang Kak Teq tunjuk tempat tempat yang Kak Teq & kawan-kawan lawati yer...

First ni Gamba masa kat Nami Island









 Second ni kat Seoul Central Masjid.. Terjumpa la pulak pemain Bola Sepak Pahang.. Sape ni? jawab sendiri..

Third Picture.. Dekat Namsan Tower



And last skali nie kat Istana Changgyeong.. Abaikan mamat berbaju merah itu.



Ok, yang ni video plak. View from Namsan Tower.


Dekat sana susah jugak la nak dapatkan makanan Halal tapi kalau korang pandai Travel dan berjaya sampai ke Masjid Seoul tu, makanan Halal memang senang dapat. Senang citer kat situ memang kedai-kedai Muslim la. 

macam-macam tempat kak Teq pergi tapi malas la nak taip.. keh3x.

Akhir kata, Kak Teq nak pegi lagi Korea. Tapi nak pegi masa musim Bunga pulak. hohoho.. Best Travel ever..