Sunday, October 25, 2015

Berakhirnya Perkhidmatan Di TMR Urusharta (M) Sdn Bhd

Assalamualaikum...

Nampak tak tajuk kat atas tu? Dah baca kan.. huhu.. Skang Kak Teq nak cerita lebih lanjut skit.. Tarikh 23/10/2015 tamatlah tempoh perkhidmatan Kak Teq dengan TMR Urusharta (M) Sdn Bhd. 2 tahun 6 bulan Kak Teq berkhidmat dengan syarikat. Manis, pahit, kusam, kusut, bahagia, derita, kegembiraan mahupun kedukaan telah Kak Teq lalui selama Kak Teq berkhidmat.

Firstly Kak Teq nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Ex Boss Kak Teq En Kasim bin Ismail. Seorang yg sempoi dan boleh di  bawak bergurau dan gaduh. Sangat bertoleransi. Kak Teq ingat lagi, masa Kak Teq di interview, En Kasim lah penemuduganya. Macam-macam wei die tanya.. Siap buat lawak bengong-bengong lagi. hahaha.. Masa ditemuduga, jawatan yg ditawarkan tu untuk payroll, tapi bila dapat call jawatan lain yang di purpose.. Alhamdulillah..

Sehari masok keje je rase macam dah lama kenal dengan boss.. Siap boleh gelak bagai.. Gelak slow-slow takpe, ni tak gelak memang tak cover langsung. (cobaan)

Hari ganti hari, bulan ganti tahun, banyak perubahan berlaku pada diri Kak Teq. Bukan tu jer, persekitaran, perhubungan, persaudaraan dan juga cara kerja banyak membuatkan personaliti Kak Teq berubah.. (acecece)

Adat bekerja, ada kawan baru masuk, ada kawan lama yang pergi dan ada juga boss yang berganti. Kak Teq nak mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap Kak Teq ngan kawan-kawan selama ukhwah yang terbina ni Kak Teq ada wat salah silap. Kalo ader buat lawak terover ker, gelak terover ker, teramik makanan terover ker mohon untuk maafkan dan halalkan yer kawan kawan.

Terima kasih Kak Mi, Abg Adi, Wan, Nadia, Bazli, Abg Zaki, Nabilah, Yaya, Kak Mala, Lah, Fadz, Kak Ain, Kak Yat, Abg Azrai, Kak Luna, Kak Aisah, Kak Saly, Abg Shafeez, Kak Amalina, Mr Mahmoud, En Raja, Hj Ala dan En Shikh.

Last sekali, JANGAN LUPA DAKU..








Thanks semua for memory yang tercipta
_________________________________________________________________________________

 

Khas Untuk Nabilah. Pasni, akk dah xder kat sebelah. Moga semput kamu bertambah elok yer.. Jangan sedih.. Kalo sedih jugak ko bukak la lagu. Tu speaker akk dah tukar letak kat tempat ko. Mesti ko suker kan.. Kan kan kan.. Terima kasih sebab kekadang menahan telinga mendengar luahan akk. Terima kasih juga sebab tolong gelak semua lawak akk walaupun kekadang benda xlawak tp ko gelak bagai nak rak. Dan terima kasih juga lagi sekali sebab selalu tolong backup wat keje akk.. hahaha
_________________________________________________________________________________



Just for u all, terima kasih dengan jasa korang. Suka sangat melayan akk. Tetambah last day akk.. Actually time ni sedih nak amik gamba, tapi buat-buat cool. kang sedih org nampak. nanti kena bahan. hahaha

Terima kasih NADIA, YAYA n NAB
_________________________________________________________________________________

Khas tok Kak Mala (yang dok belakang tu), terima kasih kak untuk nasihat & pandangan yang di beri selama kita kat TMR. Moga akk terus suscess pada masa akan datang. Kalo nak tempah jahit baju, sila call me.. 
_________________________________________________________________________________



Terima kasih di atas ucapan yang diberi. Moga bertemu lagi..

Salam sayang,
Siti Nur Atiqah binti Mohd Ridzuan

Thursday, October 22, 2015

Saje Nak Post

Assalamualaikum..

Macam ayat biasa, setelah sekian lama x update blog, arini Kak Teq nak update. Nak dekat-dekat abis keje kat Syarikat Kak Teq keje ni, Kak Teq nak fefiling sedih jap.. Hahaha

Kak Teq dh dapat keje baru. Sudah sampai masa Kak Teq berhijrah ke tempat baru. Seronok keje kat Office lama tapi mungkin jodoh x panjang maka khidmat Kak Teq bersama syarikat tempat Kak Teq bekerja hanya bertahan 2 tahun 6 bulan jer..

Banyak kenangan dan pembelajaran Kak Teq dapat selama bekerja kat sana. Sempena second last day Kak Teq berkhidmat kat situ, Kak Teq nak upload Gamba.. hahaha



Ha ha ha ha Kak Teq upload sikit je dulu.. Sok ada mood sedih, Kak Teq upload lagi... kikiki




PEACE NO WAR

Monday, March 16, 2015

Jan - Mac 2015

Hai Uoolllsss.... Assalamualaikum...

Lamanyer Kak Teq mendiamkan diri.. Ahakz! Jan - Mac x kemaskini langsung enteri..

Ok la, Kak Teq nak cerita.. Masa zaman skola dulu kan, tahun 2001 - 2002 (Tingkatan 1 & 2) Kak Teq skola kat Perak. Kat sana la Kak Teq mula belajar pakai Tudung, tutup aurat and pakai baju sopan sopan.. (maklumlah, masa sekolah rendah ganas skit). Tapi bukan tu yang Kak Teq nak crita..

Kak Teq nak crita pasal kawan-kawan Kak Teq. Kawan 12K yang berbeza perwatakan, berbeza latar belakang dan mcm-mcm lagi la.


Kak Teq bersyukur sangat, dengan adanya bantuan teknologi skang nie, Allah temukan semula kami semua 12Kengkawan. Kenapa Kak Teq taip mcm tu? Sebabnya, ada diantara kawan dlm group Kak Teq ni, die sorang je terputus hubungan. We alls  semua baru jumpa die. MasyAAllah... Time tu Tuhan je la yang tau mcm ne perasaan Kak Teq masa tu.

We all semua kenal masa umur 13 tahun, Tapi x serapat masa umur 14 tahun. Sebab masa form 1 we all semua kumpulan lain-lain. Masuk form 2, masing-masing jadi rapat.. Tambahan pulak kelas masing-masing sama. 6 orang sama kelas (kelas budak pandai) dan 6 orang lagi kelas belakang. hahaha

Banyak kenangan walaupun 2 tahun Kak Teq ngan they allss.. Masam, manis, perit dan macam-macam la.. Makin tua makin rapat ukhwah kami. Dalam 12K ni tinggal 4 orang je yang belom kawen (termasok Kak Teq).. Yang lain semua dah berumah tangga dan dah ader baby..

Buat group whatssap, banyak maklumat-maklumat yang we all share.. Antaranya tentang anak, kesihatan (ada nurse 2 org), makan, minum dan paling rare kongsi ape petua nak hilangkan alah mengandung..hahaha (bagi Kak Teq rare la coz Kak Teq x mengandung lagi..) hahahaha.. Banyak petua wei..

Nah.. Kak Teq kongsikan gamba-gamba kami.. :

Kami masa berumur 14 tahun..
Yana, Aini, Yan, Kila, Biha, Am
Aton, Yuss, Kak Teq, Ommi, Ain, Nadia

Ni gambar akhir tahun lepas bulan 12. Lama xjumpa Biha.. Sekali jumpa dah ada anak 1.

Ni masa wedding Amani.. Setelah 12 tahun x jumpa Nadiah Asmawi (sebelah baju coklat) akhirnya jumpa gak beliau... Dah anak 3 dah woiiii. Paling besar anak die dah darjah 1..

Hai... Kami bujang.. huahuahua

Selalunya, kami 3 orang la muka tetap yang akan berjalan-jalan.. Maklumlah bujang..

Ok lah.. Sampai kat sini je Kak Teq bercerita.. Moga ikatan kita kekal hingga ke Jannah Allah.. Jumpa lagi... Bye..






Friday, January 2, 2015

TAHUN BARU 2014.. Eh silap la, 2015..

Assalamualaikum semua..

Selamat Datang 2015..



Arini 2 Januari 2015.. Alhamdulillah Kak Teq diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk bernafas di Bumi Allah ini. Tahun baru ni Kak Teq xder azam baru pon.. Azam yang lepas-lepas pon tak tercapai inikan pulak nak azam baru.. hohoho..

Korang sambut tahun baru kat mana? Kak Teq sambut dekat DATARAN MERDEKA.. Alhamdulillah, sambutan tahun baru 2015 di Malaysia kali ni lain dari yang lain. I like.. Selama ni dekat Dataran akan penuh orang sebab nak sambut tahun baru + konsert hiburan tapi kali ini, tahun ini, dataran penuh dengan orang yang datang berselawat. Allahuakbar! Foreigner pon ramai Kak Teq jumpa masa kat Dataran aritu. Siap goyang-goyang kepala lagi bila dengar Umat Islam Malaysia berselawat. Macam berzikir plak Kak Teq tengok.. keh3.

Macam-macam dugaan bumi Malaysia diuji tahun 2014. Kes kapal terbang MH 370 hilang, MH 17 kena tembak, banjir di seluruh Malaysia & juga Tragedi Air Asia QZ8501. Innalillah.. Banyak air mata yang mengalir disebalik tragedi sedih ini. 

Kak Teq doakan moga Tahun 2015 ini mendatangkan perkara-perkara yang baik untuk Kak Teq dan juga anda semua. 

Akhir kata, sama-samala kita memperbanyakkan amalan kita. Mati tidak mengenal usia.. :)

Selamat Tinggal..