Friday, January 2, 2015

TAHUN BARU 2014.. Eh silap la, 2015..

Assalamualaikum semua..

Selamat Datang 2015..



Arini 2 Januari 2015.. Alhamdulillah Kak Teq diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk bernafas di Bumi Allah ini. Tahun baru ni Kak Teq xder azam baru pon.. Azam yang lepas-lepas pon tak tercapai inikan pulak nak azam baru.. hohoho..

Korang sambut tahun baru kat mana? Kak Teq sambut dekat DATARAN MERDEKA.. Alhamdulillah, sambutan tahun baru 2015 di Malaysia kali ni lain dari yang lain. I like.. Selama ni dekat Dataran akan penuh orang sebab nak sambut tahun baru + konsert hiburan tapi kali ini, tahun ini, dataran penuh dengan orang yang datang berselawat. Allahuakbar! Foreigner pon ramai Kak Teq jumpa masa kat Dataran aritu. Siap goyang-goyang kepala lagi bila dengar Umat Islam Malaysia berselawat. Macam berzikir plak Kak Teq tengok.. keh3.

Macam-macam dugaan bumi Malaysia diuji tahun 2014. Kes kapal terbang MH 370 hilang, MH 17 kena tembak, banjir di seluruh Malaysia & juga Tragedi Air Asia QZ8501. Innalillah.. Banyak air mata yang mengalir disebalik tragedi sedih ini. 

Kak Teq doakan moga Tahun 2015 ini mendatangkan perkara-perkara yang baik untuk Kak Teq dan juga anda semua. 

Akhir kata, sama-samala kita memperbanyakkan amalan kita. Mati tidak mengenal usia.. :)

Selamat Tinggal..