Sunday, September 18, 2016

Kak Teq Ke Negara Matahari Terbit

Wow! Tajuk kemain nak Matahari Terbit. Padahal boleh je taip nama JEPUN. hahaha..

Gamba Ehsan dari : Pak Cik Google

Kak Teq g jepon masa awal tahun aritu. Tapi skang baru nak mengupdate dekat laman blogger Kak Teq ni ha.. (dah berkurun simpan). Lantak le, janji Kak Teq happy.. hahaha.

Kak Teq g jepon ngan kawan-kawan. Tak ramai pon, 7 org je. Pergi pakai redah je tau (backpackers). Alhamdulillah, berkat main redah tu, macam-macam tempat gak la kitaowang bejaya pergi. Bukan tu jer, berkat main redah tu jugak dapatlah Kak Teq bermain salji.. (mcm budak-budak kau)

Kak Teq sampai Jepon tanggal 29/01/2016.. Naik flight malam.. Sampai kat sana dlm pkol 5 lebih (waktu jepun). Sampai-sampai je sejuk habaq ang.. Menggigil wei.. Sejuk die xsama macam sejuk kat korea. Menggigil gugirl.. Ahakz!

Disebabkan sampai awai sangat makanya, dengan bangganya Kak Teq & kawan-kawan tidur sebentar di kerusi airport. Pkol 6 (waktu jepun) pengankutan train dh boleh guna, makanya berpusu-pusulah kami satu pasukan membeli tiket dan bergerak ke destinasi rumah sewa kami.

Tempat kami menyewa tu kat Midorigaoka (sila rujuk gamba di bawah).. Ha, terbelit lidah kau nak menyebutkan.. ha3

Sebut betul-betul.... MI-DO-RI-GA-O-KA

Jauh gak rumah tu. Bertukar-tukar gak la train.(pening wei).. hahaha. Berkat usaha dan kejersama yang bagus, alhamdulillah sampai jugak destinasi rumah yang kami sewa.



First day sampai jepun Kak Teq & team menjelajah kawasan rumah sewa weolls.. (sejuk habaq ang..) Cakap pon kuar-kuar asap tau.. Kenapa sejuk? Sebab time ni hujan manja-manja. (senang cite kalo dalam bahasa kamus bermaksud hujan renyai-renyai). Hahahaha.. Nak jalan jauh xleh sebab sebelum tu hujan lebat. Nasib la team Kak Teq sampai umah sewa before hujan kalo x mau basah kesejukan kitaowang.

Ni bukti kesejukan MI-DO-RI-GA-O-KA.. sejuk wei... 
tah ape punya fesyen pon xtau.. 
#hakaktakkuat

Kak Teq salute owner rumah. Kak Teq bagi 5***** kat tuan rumah sebab sediakan payung kepada penyewa. Bukan satu tau, banyak ooooo. Lebih dari cukup. hahaha.. Disebabkan ade payung itulah kami dpt bersiar-siar sambil menikmati kenikmatan hujan di JAPAN.

Day 1 : Kak Teq & Team backpackers